top-social-profiles{height:42px;text-align:right}#top-social-profiles img{margin:0 6px 0 0px !important} #top-social-profiles img:hover{opacity:0.8} #top-social-profiles .widget-container{background:none;padding:0;border:0} .social-profiles-widget img{margin:0 6px 0 0} .social-profiles-widget img:hover{opacity:0.8} hidup seorang potato: Introvert, senang ke nak berubah?

Saturday 27 January 2018

Introvert, senang ke nak berubah?






Assalamualaikum, 

Alright entry kali ni aku nak cerita pasal berubah dari introvert ke extrovert. Basically, ramai yang tertanya senang ke nak berubah ni dari pendiam sampai la boleh bercakap depan umum. Perlu ke berubah? Salah ke jadi introvert? Ok meh aku citer. Tak salah kau nak jadi introvert tapi harus kena gayanya. Zaman sekarang yang serba maju ni orang dah pandai ekspresikan pendapat diorang, berfikiran terbuka, pandai mengeluarkan pendapat. So, kalau kau seorang yang pendiam tak tahu nak bercakap depan umum, xpandai bergaul agak susah untuk survive. Jadi aku nk story macam mana aku ubah sikap dan cara pemikiran aku yang membolehkan aku berinteraksi lebih baik dengan orang.


Pasal hidup aku,

Aku ni membesar dekat kampung. Mak ayah aku waktu kecik memang sibuk gila kerja nak sara keluarga. Maklumlah family kami biasa-biasa ja. Kat kampung aku xramai kawan sgt sebaya aku. Banyak kawan lelaki selalu dok main sekali. Bila dah besar ni malu dah la nk lepak sekali apa jadahnya aku nak selalu lepak dengan membe laki kan. Bila masuk sekolah menengah aku xde ramai kawan. Seingat aku, aku ad 3 orang kwan perempuan je. Tu pon classmate. Memang aku selalu berkepit ngan dorang ni. Kawan kelas yang lain pon aku tak rapat sangat sebab aku jenis budak study nerd-nerd gitu so memang belajar ke kerja xreti bersosial. Bila masuk form 4 aku ditawarkan belajar kat sekolah sains. Masa ni la aku jadi introvert yang teramat sangat. Sebab waktu sekolah tu aku rasa macam potato sangat. Yela budak kampung yang pendiam level kentang duduk sekolah berasrama penuh. Dikelilingi dengan orang2 pandai, lawa, kaya, complete perfectttt! 

Jadi keyakinan aku semakin lama semakin menipis senipis kulit bawang. Aku jadi pendiam sangat2. Dalam kelas pon aku jenis dia kalau cikgu panggil suruh aku baca sajak ka apa ka mesti suara aku xkeluar. Macam ada ketul emas dlm tekak. Bercakap pon slow ja. Aktiviti luar memang aku xinvolved la citernya. So kat sini lagila aku tak ramai kwn. Orang kata kalau duduk sbp ni membe ramai sebab most of time kau memang dgn membe tapi tak bagi aku. Aku forever alone. Pegi kelas sesorang makan tu kadang dengan kwn kelas kadang sesorang. Rapat pon dengan dormmate tapi seketul dua ja. Masa ni minat aku untuk belajar dah lost sekali ngn confident level aku. Bila spm, hancusss beb! memang kelantai result aku. Ayah memang hampa gila ngn aku sebab dalam family aku macam boleh go sikit pon bab akademik ni.

So, after spm aku dapat tawaran smbung asasi sains hayat dekat unimas dengan matrikulasi. Lagi satu tawaran ke mesir sambung perubatan tapi sebab result aku macam xlayak je nak apply biasiswa plus aku tak rasa aku boleh go so aku tolak. So, tinggal asasi dengan matrik je. 3 hari 3 malam aku fikir nak sambung mana. Last sekali aku pilih matrik. Mesti korang terfikir asal xmasuk asasi? Entahlah hati aku time tu pilih matrik lagi. And aku bertekad nak mulakan hidup baru yang aku gagal waktu spm. Kat matrik aku masih lg introvert tapi tak seteruk masa kat sekolah. Alhamdulillah 2 orang je budak sekolah aku kt situ so dapat la aku mulakan hidup baru. Time kat matrik hidup aku macam steady je tak banyak masalah. Pergi kelas balik kelas study. And alhamdulillah result aku melayakkan aku sambung universiti awam.

Masa kat uni ni akudah bertekad lagi sekali aku tak nak jadi introvert. Aku nak ubah hidup aku. Jadi macam mana aku buat?

3 langkah untuk berubah!

1. Pilih kawan yang betul

 Aku start berkawan dengan orang-orang yang kuat bercakap, petah bercakap, bising tu memang xleh blah la. Kawan memainkan peranan penting. Alhamdulillah sejak bergaul dengan dorang even borak kosong benda takde faedah aku build komunikasi dan confident level aku. Aku dah start ramah dengan orang. Boleh bagi presentation dengan baik. Support dari membe2 ni sangat penting jadi korang kena pandai cari kawan.

2. Join kelab dan aktiviti 

 Start join aktiviti kelab dan aktiviti luar. Kat uni aku xdela banyak sangat pon join aktiviti tapi cukup la untuk build confident level aku ni. Aku join kejap kelab enactus yang handle project2 tu tp kejap je. Lepas tu aku join kelab fakulti. Kat sini banyak kau belajar. Lepastu join aktiviti uni adakan.
Yang paling best aku terpilih presenter conference seluruh asia untuk bentang paper. Ni jela paling tinggi pon pencapaian aku kikiki. Tapi semua benda ni build keyakinan aku balik. Confident aku dah semakin tinggi.


3. Keinginan diri sendiri

Part ni paling penting. Kalau kau ada niat nak berubah kena susuli dengan action yang betul baru tercapai apa kau nak. Kalau tak duduk la ditakuk yang lama.ebab aku tahu bila kerja nanti semua benda ni amat diperlukan sebab tu aku berubah siap2. Sekarang aku tak pendiam dahla. Potpetpotpet mulut bercakap. Bagi aku ramai ja manusia introvert kat luar sana. Nak introvert boleh tapi jangan la waktu kau kena keluarkan pendapat kau diam membatu je. Paling penting kena pandai adapt dengan orang sekeliling dan tahu macam mana nak berkomunikasi dengan baik.


Jadi tu antara benda yang aku amalkan untuk build confident level dan communication skill aku. Harap entry ni dapat bantu orang lain yang introvert ada masalah keyakinan macam aku ni.


Salam sayang,
potato

No comments:

Post a Comment

Post potato